MENU

BERSIH...HALAL...BERPERISA

Tuesday, March 16, 2010

Pineapple Tart

PINEAPPLE TART
RM23.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, jem nenas

Anggaran 50 biji satu bekas


Meskipun Pineapple Tart/Tart Nenas gulung kami ni tak terlalu gebu (agak rangup), tapi ianya kurang digalakkan sebagai wedding favour/door gift buat tetamu kerana ianya agak mudah pecah. Tapi, sekiranya hendak dijadikan hantaran perkahwinan, ianya tak menjadi masalah.

Tart Nenas sememangnya ada peminat tersendiri. Mungkin ada yang obses terhadap cookies ni. Tapi oopppsss! Janganlah makan terlalu kerap kerana ia boleh memudharatkan kesihatan.

Biskut Makmur

BISKUT MAKMUR
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, minyak sapi, kacang tanah tumbuk, gula icing

Anggaran 50 biji satu bekas


Biskut Makmur kami agak rangup dan tak mudah pecah. Jadi, ianya sesuai dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan.
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...

Snowwy

SNOWWY
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, serbuk badam, oat, dark chocolate, breadcrumbs, badam cincang

Anggaran 50 biji satu bekas


Snowwy cookies sangat menyelerakan! Tetamu pasti teruja jika ianya dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan.
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...

Crunchy Square

CRUNCHY SQUARE
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung Hong Kong, mentega, kacang hazel kisar, breadcrumbs, dark chocolate

Anggaran 50 biji satu bekas


Crunchy Square ini istimewa dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan. Keunikan rupanya pasti mengujakan!
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...

Gajus Mewah

GAJUS MEWAH
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, gajus kisar, biji gajus

Anggaran 50 biji satu bekas


Cookies Gajus Mewah ini sememangnya tampak klasik, sungguh rangup dan enak. Sesuai dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan. Para tetamu takkan melupai majlis bersejarah anda!
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...

Pistachios Yummies

PISTACHIOS YUMMIES
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, tepung kentang, mentega, kacang pistachio kisar, bran wholemeal, susu tepung, white chocolate

Anggaran 50 biji satu bekas

Hazel Delight

HAZEL DELIGHT
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung Red Rose, mentega, kacang hazel kisar, susu tepung, dark chocolate, white chocolate

Anggaran 50 biji satu bekas


Hazel Delight sangat eksklusif dan mengujakan! Sangat sesuai dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan. Para tetamu pasti ceria!
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...


Kami pernah menerima tempahan yang menggila untuk cookies Hazel Delight ini pada Hari Raya Puasa tahun 2006 dan 2008. Rasa macam nak nangis pun ada masa tu. Orang lain semua sibuk balik kampung, kami masih bersengkang mata mengadap Hazel Delight. Walau macam mana pun, Alhamdulillah! Semua tempahan pelanggan dapat dipenuhi...dan kami dapat bertolak balik kampung pada malam raya dan sampai dengan selamatnya..............

Cookies ini juga sering menjadi pilihan pelanggan sebagai hantaran dan cenderahati perkahwinan. Ada juga yg menghadiahkannya kepada org tersayang sebagai birthday gift! Hmmm....mmg kreatif dan tersendiri...

London Almond

LONDON ALMOND (Badam Sebiji)
RM22.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung Red Rose, mentega, badam kisar, badam, dark chocolate

Anggaran 48-50 biji satu bekas


London Almond memang tersendiri dan sentiasa ada peminatnya. Justeru ia sesuai dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan.
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...


Pada setiap musim perayaan, London Almond semacam cookies yang wajib ada! Walaupun ada kalanya tempahan tak dibuka, tetapi kami tetap menerima permintaan utk cookies ni. London Almond memang digemari kanak-kanak dan dewasa. Jadi, tak hairanlah kalau cookies ni jugak sentiasa mendapat tempahan dan digelar cookies sepanjang tahun!

Spanish Chocolate

SPANISH CHOCOLATE
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, serbuk koko, milo, badam kisar, nestum, white chocolate

Anggaran 48-50 biji satu bekas

Pandan Almond

PANDAN ALMOND
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, serbuk badam, tepung kentang, tepung ubi, badam, pati santan, pati pandan

Anggaran 48-50 biji satu bekas


Pandan Almond mempunyai variasi rasa yang menarik. Ianya lemak, rangup dan tidak memualkan. Sesuai dijadikan wedding favour/door gift bagi majlis perkahwinan.
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...


Diperkenalkan pada Hari Raya Aidil Adha tahun 2008, Pandan Almond adalah variasi cookies bagi mereka yang kurang gemar makan coklat. Apa istimewanya Pandan Almond?? Hmm...yang pasti kerana ia dihasilkan dari dapur DIAZ Homemade Cookies. Kalau nak tahu kenalah cuba...

Dara Manisku

DARA MANISKU
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, tepung kastard, mentega, cornflakes kisar, beras warna, beras coklat, tepung aiskrim

Anggaran 50 biji satu bekas


Dara Manisku sungguh cantik menawan dengan hiasannya yang sinonim dan sesuai dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan.
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...

Choc Strawberry Twill

CHOC STRAWBERRY TWILL
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, serbuk koko, susu tepung, hirisan badam, badam kisar, coklat strawberry

Anggaran 48-50 biji satu bekas


Choc Strawberry Twill memang eksklusif dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan. Rupa dan warnanya memang menarik!
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...

Italian Chocolate

ITALIAN CHOCOLATE
RM20.00 / Bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, tepung kentang, serbuk koko, badam cincang, coklat chips, dark chocolate, croquant, esen kopi

Anggaran 50 biji satu bekas


Italian Chocolate memang digemari semua lapisan usia kerana aroma coklat dan kopinya yang serasi. Sesuai dijadikan wedding favour/door gift untuk perkahwinan.
Sila email/SMS untuk pertanyaan dan runding harga...


Pada hari Raya Puasa tahun 2009, Italian Chocolate merupakan juara baru bagi senarai cookies yang mendapat tempahan paling menggila! Bersengkang mata dibuatnya untuk menyiapkan semua tempahan pelanggan.
Selain Hari Raya, cookies ini tetap menjadi pilihan sebagai cenderahati perkahwinan dan kudapan harian. Jadi, ia digelar cookies sepanjang tahun.

Pineapple Cheese Tart

PINEAPPLE CHEESE TART
RM23.00 / bekas

Bahan Utama:
Tepung gandum, mentega, jem nenas, cheddar cheese

Anggaran 50 biji satu bekas

Monday, September 1, 2008

SEJARAH - DIAZ Homemade Cookies

Assalamualaikum wr. wbt...

DIAZ Homemade Cookies mula beroperasi secara kecil-kecilan di rumah sejak tahun 2004. Idea untuk memulakan perniagaan cookies ni bermula setelah rakan-rakan sepejabat, kenalan rapat dan jiran-jiran terdekat memuji keenakan rasa cookies Diaz.

Sebelum ini, Diaz sendiri cuma membeli cookies dari kedai atau bazaar. Semua sedia maklum, agak sukar untuk mendapatkan cookies yang dijual di kedai atau bazaar yang menepati citarasa kita. Ada kalanya cookies terlalu keras, tawar, kurang berperisa dan yang paling menyedihkan, rasanya seakan-akan sama meskipun nama, rupa bentuk dan warnanya memang pelbagai dan nampak menarik.

Menerima hakikat itu, Diaz ada juga menempah cookies daripada orang perseorangan jika inginkan cookies yang lebih menepati citarasa. Biasanya, Diaz dan beberapa orang rakan sepejabat akan menempah cookies untuk Hari Raya daripada seseorang yang Diaz namakan sebagai 'kak T'. Beliau memang mengambil tempahan cookies secala kecil-kecilan di rumah. Rasa cookiesnya juga sedap. Kami diperkenalkan kepada kak T oleh salah seorang rakan sepejabat. Sejak itu, kami telah menjadi pelanggan tetap kak T sejak dua-tiga tahun berikutnya.

Tetapi, lain pula masalah yang timbul semenjak kami menempah cookies dari kak T. Setiap tahun, ada saja tempahan kami yang kurang. Ada pula yang mendapat cookies yang berbeza daripada apa yang ditempah. Alasan yang diberikan kak T, beliau terlupa, kami sendiri yang tersilap catit dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun, kami tidaklah kisah sangat. Asalkan masing-masing ada cookies yang sedap untuk disajikan kepada tetamu di Hari Raya sudah memadai.

Namun segalanya bermula pada tahun 2003. Kami menempah cookies dari kak T seawal seminggu sebelum puasa. Senarai tempahan dicatit dengan kemas dan seperti biasa, satu salinan akan disimpan sebagai rujukan untuk kami sendiri. Dalam catitan tersebut juga telah dimaklumkan tarikh kami ingin mengambil cookies iaitu kira-kira seminggu sebelum Hari Raya.

Menjelang seminggu sebelum raya, kami tidak menerima apa-apa maklumat daripada kak T berhubung cookies yang ditempah. Biasanya kak T akan menghantar cookies tersebut ke pejabat. Kami pun menghubungi kak T untuk bertanyakan hal itu. Kak T menyatakan ada sesetengah cookies belum siap dan meminta untuk menghantarnya dua hari kemudian. Memandangkan hari yang dinyatakan merupakan hari terakhir bekerja sebelum masing-masing mula bercuti, kami pun bersetuju dengan permintaan kak T.

Hari terakhir yang dijanjikan telah tiba. Masa berjalan dan terus berjalan sehinggalah jam 5.00 petang. Kelibat kak T belum juga kelihatan. Pada sebelah pagi kami telah menelefon kak T dan beliau menyatakan akan menghantar cookies sebelum jam 5.00 petang. Kami telefon lagi. Kali ini kak T beritahu keretanya rosak dan tiada siapa yang dapat membantunya menghantar cookies kepada kami pada hari itu. Agak hairan ya kenapa kak T tidak menelefon kami memaklumkan hal tersebut sehinggalah kami yang menelefon beliau...hmmm

Memandangkan esoknya kami telah bercuti, kami perlu mengambil cookies tersebut petang itu juga. Jadi, kami maklumkan kepada kak T bahawa kami akan menghantar despatch untuk pergi mengambil sendiri cookies di rumahnya. Kami memang telah sedia maklum alamat kak T daripada rakan sepejabat yang memperkenalkan kami kepada kak T.


Mendengar keputusan kami, kak T tidak berkata apa-apa dan hanya bersetuju sahaja. Setelah kira-kira setengah jam despatch kami bergerak menuju ke rumah kak T, kami mendapat panggilan daripada despatch tersebut. Begini bunyinya perbualan salah seorang daripada kami dengan despatch tersebut...

"Kak, cookies akak-akak semua banyak yang belum siap. Ada yang baru nak diisi dalam bekas, ada yang tengah dok bakar, ada yang masih rupa tepung pun ada. So camana kak? Nak tunggu jugak ke?."

"Cuba tanya kak T berapa yang dah siap. Awak ambik yang dah siap je. Yang belum siap tu cakap kat kak T tak payahlah sebab dah tak sempat."

"Saya dah tanya. Cuma 5 bekas yang dah siap. Biskut Suji 2 bekas, London Almond 3 bekas. Lagi 26 bekas tu belum siap. Itu pun London Almond coklatnya masih cair tapi dah diisi dalam bekas. Comot betul saya tengok."

"Laa...iye ke? Hmm takpelah. Awak baliklah. Nanti saya call sendiri kak T."

Itulah dia ceritanya. Pada tahun tersebut, tak ada seorang pun di antara kami yang mendapat cookies yang telah ditempah seawal seminggu sebelum puasa. Ada yang balik kampung tanpa sebiji cookies pun dengan perasaan marah dan hampa. Ada juga yang akhirnya terpaksa juga singgah Chow Kit untuk beli cookies sebab pada masa tu agak susah nak berjumpa cookies dijual di tepi-tepi jalan seperti kebelakangan ni.

Mulai peristiwa tersebut, Diaz telah belajar asas membuat cookies daripada Ummi Diaz sendiri dan daripada ibu saudara Diaz yang memang pandai memasak. Bila dah pandai sikit-sikit barulah Diaz cuba-cuba buat cookies sendiri dan bawa ke pejabat untuk jamu rakan-rakan sekerja. Diaz juga ada berikan kepada jiran-jiran terdekat sebagai buah tangan. Tak sangka pula ramai yang memuji keenakan rasa dan kecantikan rupa cookies Diaz. Ramailah yang mula meminta Diaz menjual cookies kepada mereka. Jadi...episod berniaga cookies pun bermula...dari tahun ke tahun sehinggalah sekarang.

Alhamdulillah. Perniagaan cookies Diaz semakin maju dan mantap. Diaz memang dah ada pelanggan tetap dan juga agen yang membeli secara borong. Tetapi Diaz tetap mengekalkan konsep homemade. Pembuatan cookies juga memang terus dari dapur rumah Diaz. Pembantu Diaz juga daripada kalangan keluarga dan jiran terdekat. Ini adalah kerana Diaz memang ikhlas dan enjoy buat cookies untuk menceriakan sesiapa sahaja yang menikmati cookies Diaz. Ianya penting untuk menjaga kebersihan, kualiti dan rasa cookies Diaz.

Kepada semua pelanggan tetap, pelanggan baru dan bakal pelanggan DIAZ Homemade Cookies, jutaan terima kasih di atas sokongan anda dalam membantu menjana ekonomi bumiputera seperti Diaz. Teruskanlah menyokong Diaz dan Diaz akan sentiasa berusaha lebih baik untuk menghasilkan cookies yang BERSIH, HALAL dan BERPERISA untuk anda...

Dan kepada kak T, semoga peristiwa itu tidak berulang kepada pelanggannya yang lain. Ianya harus dijadikan iktibar oleh kak T dan oleh sesiapa sahaja termasuk Diaz yang telah atau ingin menjalankan apa jua perniagaan. Sentiasalah bersederhana dan jujur. Jangan sesekali bersifat tamak dan cuba melakukan lebih daripada kemampuan diri. Mendakilah perlahan-lahan dan penuh kesabaran agar tidak tersungkur di tengah pendakian.

Sekian. Wassalam.
Related Posts with Thumbnails